Tuesday, March 2, 2010

Isu HALAL & HARAM di radio 24 Bernama

Salam,

PPIM : En Mustafa Hj Osman
Jawatan : Master Butcher Chef / Aktivis PPIM
No.Tel : 012-9111777
Tajuk : Isu Pemakanan Halal

Soalan:

1) Kenapakah isu halal ini berterusan, sedangkan majoriti masyarakat Malaysia adalah beragama Islam?
Memang telah banyak diperkatakan dan diperdebatkan bab serta Isu ini, tapi titik titik nokhtah semacam masih samar serta agak payah jika mahu diselesaikan, jika perkara serta Isu ini boleh diselesaikan maka saya menggangapkan ini sesuatu yg boleh dikira KEJAYAAN yg TERAMAT AMAT besar sekali dalam dunia ISLAM... Percayalah....

Majoriti yg berugama Islam dinegara kita melebehi penganut Ugama lain, tapi yg betul betul mahu serta mengamati Islam ini hanya boleh dikira berapa kerat sangat atau terlalu tersedikit sangat.... Jadi bab bab Isu Halal & Haram ini telah dianggap satu Isu remeh bagi sesetengah orang Islam. Sikap IGNORANCE yg begitu menebal dan agak parah untuk diperbetulkan serta dipinggirkan oleh kebanyakkan orang Islam di negara kita, Islam dinegara kita hanyalah pada nama MELAYU sahaja, yang benar benar Islam "Wallah Hu Alam Bis Sawab" jadi disini lah bermulanya segala keruntuhan Moral serta Adab sesorang yg mengaku Islam....

2) Apakah pengalaman En Mus dalam melihat tabiat-tabiat buruk pengguna Islam?
Banyak Tabiat buruk jika saya mahu sebutkan disini, jadi saya sebutkan sikit saja ya...
1. Sikap Ego yg teramat tinggi.
2. Sikap ambil mudah.
3. Sikap menunjuk diri.
4. Sikap Bodoh Sombong.
5. Sikap mempersalahkan orang lain.
6. Sikap "AKU SAJA yg BETUL"
7. Sikap Jangan jaga tepi kain orang.
8. Sikap tak boleh lihat satu Bangsa & Ugama maju.
9. Sikap suka mempersendakan Ulamak & Umarak.

3) Apakah pandangan En Mus dalam melihat isu penggunaan arak dalam masakan?
4) Apakah cadangan & langkah- langkah yang boleh diberi perhatian serius oleh JAKIM atau pihak tertentu yang lain dalam menangani isu halal ini?

--
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
No.70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,
54000 Kuala Lumpur
www.muslimconsumer.org.my
Tel : +603.4256.6618 / +6019.359.1000
Fax: +603.4256.6617

Isu HALAL & HARAM

Terminologi 'Pork Free' mula digunakan ketika melabel restoran-restoran yang tidak berstatus halal dan pada masa yang sama tidak pula menyediakan hidangan 'pork' (babi). Babi sememangnya haram dimakan umat muslim. Jadi pada tanggapan sesetengah orang (yang sengaja tidak pernah mahu faham) bahawa jika mereka tidak menghidangkan juadah babi, maka sudah tentulah mereka yang tidak makan babi (umat Islam terutamanya), boleh mengunjungi kedai makan mereka. Pandangan ini bukan saja salah malah berniat jahat. Dan sememangnya halal atau tidak sesebuah restoran itu melangkau isu samada babi dihidangkan atau tidak. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Mungkin pihak Jakim boleh memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kita semua.

Tidak seperti panduan halal yang satu itu, halal tidak ada kategori. Halal atau haram dimakan sesuatu hidangan itu telah ditentukan oleh syariat Islam. Tidak ada babi, tetapi ada dihidangkan arak, restoran itu tidak halal. Tidak ada babi tapi juadah ayam dan dagingnya tidak disembelih mengikut hukum syarak maka rumah makan itu tidak berstatus halal. Tidak dihidangkan babi tapi menghidangkan makanan yang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa, contohnya, maka kedai makan itu tidak halal. Definisi halal dan haram sangat luas sebenarnya. Ianya tidak hanya tertakluk kepada isu samada babi disediakan atau tidak disesebuah kedai makan itu. Faktor-faktor lain juga diambil kira. Kebersihan semasa menyediakan makanan juga dititik-beratkan.

Namun realitinya kini ramai orang tidak segan silu makan di restoran-restoran sedemikian atas alasan ianya 'pork free'! Buka saja majalah berbahasa Inggeris (dan sudah mula menular ke beberapa majalah berbahasa melayu), ada saja selebriti muslim yang memuji restoran-restoran yang belum tentu status halalnya. Dan banyak juga reviu makanan atau restoran dalam suratkhabar berbahasa Inggeris lazimnya, melabelkan restoran-restoran tidak halal sebagai 'pork free' lantas mengaburkan pandangan sesetengah muslim naif dan yang goyah imannya.

Dan kesannya sudah dapat kita lihat sekarang. Pemikiran-pemikiran dangkal sudah mula menular berleluasa dalam masyarakat kita. Dewasa ini, cara kita (terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar yang sering pula mengunjungi restoran-restoran pork free yang bercambah bagai cendawan selepas hujan) berfikir dan bercakap sudah jauh menyimpang dari akar Islami. Dan kerana itulah agaknya umat Islam disarankan menjaga makanan yang masuk kedalam tubuhnya. Bahannya mesti halal. Sumbernya juga mestilah halal. Mengambil jalan mudah dan mengikut gelodak nafsu dan membelakangkan syariat agama kita tentang adab makan dan pemakanan.

Lalu muncullah kumpulan-kumpulan benak, anti syariah Islam yang teridiri daripada golongan urban muslim yang berpemikiran 'pork free' yang sememangnya suka lari daripada syariat Islam. Bagi mereka logik akal manusia boleh mengatasi syariat Allah subhanawataala. Akal mereka (sebebas gaya hidup mereka) bebas berfikir. Logik 'pork free' sering diguna-pakai. Babi itu haram. Jadi jika sesebuah restoran itu tidak menghidangkan babi maka ianya tentunya halal. Mereka tidak mahu ambil pusing samada ayam dan dagingnya itu disembelih mengikut hukum syarak atau tidak. Mereka tidak mahu mempersoalkan botol-botol arak yang tersusun rapi dibelakang kaunter. Tidak pula mahu bertanya tentang bahan-bahan perencah yang digunakan dalam sesuatu 'cuisine' itu. Mereka tidak peduli jika perkakas masak sudah bercampur-baur dengan hidangan-hidangan tidak halal!

Sikap ambil mudah ini walaupun pada mulanya nampak ringan namun kini sudah membuatkan kita semua mengambil mudah dengan kebanyakkan isu-isu pokok yang melanda Islam dan umatnya. Rata-rata ada juga diantara kita secara tidak sedar dan tidak sengaja (tidak seperti aktivis anti Islam) terguna pakai logik 'pork free' semasa berfikir. Berbuat jahat kepada orang lain itu berdosa, jadi walaupun aku tidak solat lima waktu, aku tidak pernah berbuat jahat dengan orang lain, aku masih ok. Ada juga yang berfikir walaupun Siti tidak bertudung, dia seorang yang baik hati, jadi dia ok. Dan di zaman serba moden ini ketika wanita sudah sama-sama bekerja menyumbang kepada ekonomi negara dan keluarganya, maka adillah jika hak pembahagiaan harta pusaka disama-ratakan di antara lelaki dan wanita. Kita sebenarnya semakin gila!

Kita sudah jadi terlalu sombong dengan pencapaian-pencapaian kita yang tidak seberapa. Kita sudah lupa (mungkin sebab banyak sangat makan makanan yang diragui status halalnya?!), apa sebabnya kita berada di muka bumi ini. Hari ini Islam sudah mula dihina umatnya sendiri. Musuh-musuh Islam menyerang agama ini dari dalam. Semuanya tanpa kita sedari dalam kita mengejar kemodenan yang kononnya akan memudahkan kita. Tetapi diatas nama kemodenan itu, kita ambil mudah semuanya! Bermula dengan bab makan dan sehinggalah kini ianya sudah menular kepada bab akidah. Kalau Fatimah sudah tidak mahu kepada Islam, sebagai warga dunia, di bawah panji-panji PBB, dia ada hak mutlak untuk meninggalkan Islam. Lalu ada golongan dikalangan kita yang akan mempertahankan mungkar atas dasar 'personal choice'. Biarlah kalau jiran kita sumbang mahram sekalipun, dia tidak kacau hidup kita. Masyarakat muslim bagaimanakah yang akan bercambah daripada pemikiran sedemikian? Bagaimana struktur masyarakat muslim yang akan terbentuk?

Syariah diadakan sebagai pedoman dan petunjuk kita hamba Allah subhanawataala menuju siratul mustaqim. Porak perandanya masyarakat kita dewasa ini disebabkan kita semua sudah jauh menyimpang daripada syariat. Kita masih boleh berpatah balik. Dunia belum kiamat. Pintu taubat masih terbuka luas. Dan ianya boleh dimulakan dengan makanan yang kita ambil. Sememangnya kita adalah apa yang kita makan. Dan hari ini. Ketika ini kita harus bertanya diri sendiri, MasyaAllah apa yang telah aku makan?